Negara yang baik mempunyai keseragaman rentak minda dalam menuju kesatu arah atau matlamat walaupun berbagai fahaman politik, ugama atau bangsa. Pada 10 tahun pertama pentadbiran Dr Mahathir keadaan penyatuan minda ini ada berlaku. Pihak pembangkang sekalipun mengeluarkan pandangan alternatif tapi masih menjurus kepada matlamat yang sama.Pada sepuluh tahun kedua keadaan ini termusnah apabila perpecahan secara permusuhan terjadi dek sebab tidak menghormati sistem "Convention" yang diujudkan oleh pemimpin terdahulu; yakni meletak jawatan secara sukarela apabila dicabar dengan jelas oleh ahli parti yang berpengaruh kuat.
Perpecahan minda kini seakan 50:50. Dalam keadaan ini, apa-apa sahaja yang cuba dilakukan oleh seorang pemimpin itu tidak akan diterima oleh sebahagian lagi rakyat. Ini akan melemahkan pelaksanaannya atau menggagalkannya samasekali. Kegagalan bererti pembaziran wangrakyat.
Tiada pemimpin yang ada dipersada negara kini, baik dari pihak pemerintah mahupun pembangkang, yang mampu menyatukan seluruh rakyat sekurang-kurangnya dari segi minda. Jadi siapakah yang boleh jadi penyatu rakyat kita ini?
Secara logik orang itu ialah seorang yang didalam parti pemerintah tetapi berjiwa pembangkang. Orang sebegini akan disenangi pembangkang; pembangkang-friendly. Maka carilah orang sebegini untuk mentadbir negara kita ini dimasa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment